" />

Senang je soalan tu kan? Apa itu diabetes @ kencing manis?  Selalu sangat kita dengar perkataan ni kan… in fact, mungkin ada ahli keluarga kita yang menghidap diabetes @ kencing manis ni kan?  Ye…arwah mak Kak Rizz dulu pun ada diabetis @ kencing manis.

Hari ni, Kak Rizz nak cite sikit, nak explain pasal penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit kronik ni.  Macam mana diabetes @ kencing manis ni boleh berlaku ?

Generally, orang semua tau, kalau ada je penyakit ni, mesti tak boleh minum gula, tak boleh ambik karbohidrat banyak sangat, tak boleh tu..tak boleh ni ..betul kan?  Tapi, kenapa dan bagaimana penyakit ni boleh datang kat kita?

Haaaa….yang tu yang semua orang kene tau dan kene ambik tahu. Baru la kita boleh ikhtiar mengelakkan diri dari menjadi seorang pesakit diabetes @ kencing manis.

Tahu tak u olls, yang sebenarnya penyakit ni  berpunca dari hormon yang dinamakan INSULIN. Insulin ni dihasilkan oleh pankreas kita untuk membantu badan menyimpan dan menggunakan gula dan lemak yang kita masukkan ke dalam badan kita melalui makanan yang kita makan hari-hari tu.  Itu je sebenarnya.  Insulin yang akan bakar dan proses gula dan lemak mengikut jumlah yang diperlukan.

Simple, kan?  Semuanya gara-gara si pankreas yang gagal menghasilkan insulin dalam kuantiti yang sepatutnya, yang menyebabkan lemak dan gula dalam badan tidak terbakar dengan sempurna dan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi.  So, di sinilah terjadinya masalah atau pun penyakit diabetis @ kencing manis tu…

Biar Kak Rizz simplified kan ye.  Diabetes @ kencing manis ni boleh berlaku apabila :

 

  1.  Bila pankreas tidak lagi menghasilkan sebarang insulin
  2.  Bila pankreas menghasilkan insulin dalam kuantiti yang sangat sedikit
  3. Bila badan tidak boleh bertindak balas sepenuhya kepada insulin – keadaan ini di panggil insulin resistance.

 

Apa yang mendukacitakan dan mengecewakan adalah…once masalah ini dah datang kat kita,dia akan terus melekat pada kita sepanjang hayat ..alamak…dah macam bunyi saka yang melekat kat badan ke ape ni…huarghhh…..

Bukan macam tu, dia sebenarnya, selagi mana kita tidak membetulkan atau membantu pankreas bekerja dengan sepenuhnya selagi itu kita akan menjadi pesakit diabetes @ kencing manis…. huhu.  Apa masalah atau penyakit sekalipun, kita kena la betulkan punca dia, betul tak?  baru lah masalah boleh diselesaikan.

Pernah dengar tak orang yang kene diabetes atau penyakit kencing manis ni pulih ?

Boleh ke pulih ?

Hmm….. selalu yang kita dengar, mula-mula memang la kencing manis jer, tapi lepas tu dia akan jadi masalah lain pulak, kan..antara yang biasa kita dengar :

  1.  Potong kaki, sebab luka tak baik-baik..dah makin merebak..so, jalan termudah, potong saja kaki itu…hmmm
  2.  Mata menjadi kabur
  3.  Masalah buah pinggang
  4. Penyakit 3 serangkai akan melekat pulak pada kita

Ha….sanggup ke kita nak tengok dan tunggu je insan kesayangan kita ni menjadi lebih serius ?

Yang sebenarnya, Shaklee ada 1 produk yang boleh bantu masalah kronik ni. Dia boleh bantu pankreas bekerja sepenuhnya semula dan menjadikan kita bebasssss dari diabetes @ kencing manis ni..

 

Best ke best ?  Apa nama produk yang bagu sangat tu..hehehe….jengjeng jeng… Pernah dengar VIVIX Shaklee tak?

Kak Rizz akan sharekan testimoni mereka yang dah bebas diabetes dengan izin Allah dan juga asbab berikhtiar dengan Shaklee ni.  Kisah benar tau..bukan lakonan semula tau!

Lepas ni,Kak Rizz akan cite pulak pasal jenis-jenis diabetes @ kencing manis ni, tips-tips berguna dan semua yang bagus dan menarik la yang berkaitan dengan masalah ni..hehehe…

Last but not least, hargailah insan kesayangan kita sementara mereka masih ada.  Laburkanlah masa, kasih sayang dan kesihatan yang baik untuk mereka.