" />

Ramai yang tanya, betul ke dan kenapa ESP Shaklee best sangat ? Apa ESP tu sebenarnya ? ESP Tu Energizing Soy Protein…haa…dengar nama je pun, dah memang best kan…

Cer u olls layan jap, soalan-soalan lazim mengenai ESP ni..mesti korang terrrjatuh cinta nanti..hehehe…

1) Apa kebaikan ESP Shaklee?


2) Bagaimana cara buat masker ESP Shaklee?

3) Apa khasiat ESP Shaklee?

 

4) Apa kelebihan ESP Shaklee berbanding jenama protein yang lain?

5) Apa fungsi ESP Shaklee dan apa set ESP Shaklee?

6) Apa keburukan ESP Shaklee?

7) Adakah ESP Shaklee menggemukkan ?

8) Ada tak resepi ESP shaklee nak bagi sedap dan bagaimana cara minum ESP Shaklee?

9) Berapa harga Shaklee ESP? 

 

 

1) Apa kebaikan ESP Shaklee?

ESP Shaklee merupakan protein yang sangat tinggi dan semulajadi (bukan protein tiruan- Non-GMO) dan rendah lemak. Ia dalam bentuk serbuk. Ia mengandungi kesemua 22 asid amino yang penting untuk tubuh badan dan ESP merupakan satu-satunya produk dipasaran yang memberi jaminan mengandungi 9 asid amino yang paling penting untuk badan dan tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara sendirinya.

Ia sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. protein di dalam kacang soya ini adalah dua kali lebih banyak daripada daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemah, tidak mengandungi kolestrol, tiada asid urik dan mudah untuk diserap oleh badan.

Ia mengandungi indeks glasemik yang rendah dan sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.

Low  GI
55  and under
Medium  GI
55  to 69
High  GI
70  and above
Tahukah anda?
Indeks glasemik menyusun karbohidrat berdasarkan kesan nya kepada tahap gura dalam darah. Karbohidrat yang cepat hilang mempunyai kada glisemik yang paling tinggi (G.I) sementara G.I yang rendah memecahkan karbohidrat secara perlahan-lahan, melepaskan glukosa ke dalam sistem. Mencapai tahap gula dalam darah yang rendah adalah sangat penting untuk mereka yangingin kuruskan badan dan untuk kesihatan jangka panjang.
Kebanyakan protein soya yang lain diproses menggunakan alkohol, yang mana bukan sahaja membuang isoflavonas, tetapi juga membentuk pencemaran bahan kimia semasa pemprosesannya. Kelebihan ESP Shaklee juga terletak dalam cara pemprosesannya dimana ia dibasuh menggunakan air untuk memelihara isoflavones genistein & daidzein & menyampaikan kesemua kebaikan yang diperlukan di dalam soya.

2) Bagaimana cara buat masker ESP Shaklee?

Jangan tak tahu, ESP selain baik untuk diminum, ianya juga baik untuk buat masker. Cara buat masker ESP Shaklee ini berbeza bergantung kepada keperluan kulit anda.

Jenis kulit berjerawat

Masker ini mampu mengurangkan parut jerawat dengan cepat.

BAHAN-BAHAN:
  • 2 sudu ESP Shaklee
  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu madu
  • 1 biji Sustained Release vitamin C
  • 1 biji Alfalfa
CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Pukul putih telur perlahan-lahan. Alfalfa dan vitamin C dihancurkan dan campurkan kesemua bahan.

Sapukan ke muka, elakkan bahagian mata dan kemudian biarkan selama 20 minit.

Selepas itu, bilas dan sapukan pelembap kulit yang biasa anda gunakan.

Buat masker ini seminggu sekali dan keesokan harinya perlu memakai sunscreen sebelum kena kilauan matahari.

Kulit jenis berminyak

BAHAN-BAHAN:
  • 2 sudu ESP Shaklee
  • 1 biji pisang yang betul-betul masak (Anda boleh masukkan pisang masak di dalam freezer dan biarkan di suhu bilik sebelum memakainya)
  • 2 sudu madu lebah
  • 1 biji sustained release vitamin C
CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Lenyekkan pisang, kemudian campur dengan madu lebah dan ESP Shaklee. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender.

Hancurkan vitamin C atau masukkan sekali dalam blender.

Sapukan bahan tadi ke muka anda sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mebilasnya. Setelah membilas, letaklah pelembut kulit muka anda seperti biasa.

 

Untuk mencerahkan kulit 

BAHAN-BAHAN:
  • 2 sudu ESP Shaklee
  • 1 biji pisang yang betul-betul masak (Anda boleh masukkan pisang masak di dalam freezer dan biarkan di suhu bilik sebelum memakainya)
  • 1 biji kentang
  • 1 biji sustained release vitamin C
CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Lenyekkan pisang,kentang, hancurkan vitamin C kemudian campur semua bahan dengan ESP Shaklee. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender.

Sapukan bahan tadi ke muka anda sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mebilasnya. Setelah membilas, letaklah pelembut kulit muka anda seperti biasa.

Kerapkan penggunaannya setiap malam untuk kesan pencerahan yang lebih cepat.

 

3) Apa khasiat ESP Shaklee?

Ia berkhasiat untuk semua peringkat:
1. Ibu menyusu: ESP membantu membanyakkan susu, membekalkan tenaga berpanjangan.
2. Untuk Kurus: Ia menghilangkan rasa lapar dan membantu untuk diet dengan lebih cepat.
3. Pesakit diabetes: EPS mempunyai G.I yang rendah dan amat baik untuk mengurangkan kadar gula dalam darah
4. Mereka yang mementingkan kecantikan: ESP membina sel kulit baru dari dalam, dan membantu merawat seua masalah kulit, memberikan kulit baru yang halus lepada pemakainya.
5. Suami isteri: ia meningkatkan peluang kesuburan suami isteri.

4) Apa kelebihan ESP Shaklee berbanding jenama protein yang lain?

Jika anda melihat perbandingan ESP Shaklee dengan 3 jenama lain yang popular di Malaysia ni, anda tidak akan percaya dengan kebaikan yang diberikan ESP dengan harga yang lebih rendah daripada jenama lain.

  • Tiada lagi protein soya jenama lain yang dihasilkan tanpa GMO. Kesemuanya mempunyai GMO. Apa itu GMO? JOM baca di sini: 7 kriteria wajib pemilihan protin soya
  • Indeks Glisemik yang rendah adalah penting untuk mengelakkan diabetes, dan membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.
  • Kadar kalori yang rendah iaitu hanya 105Kcal. Kehadiran kalori masih diperlukan walaupun dalam kadar yang rendah untuk membekalkan tenaga berpanjangan kepada peminum ESP Shaklee ini.
  • Kadar lemak juga rendah berbanding jenama lain, dipadankan dengan G.I yang rendah, ia membantu mengekalkan tenaga dalam badan.
  • ESP Shaklee setanding jenama lain yang juga tidak mengandungi kolestrol
  • ESP Shaklee membekalkan kalsium yang tinggi untuk menjaga tulang, gigi, gusi, dan sendi berbanding jenama lain.
  • ESP Shaklee juga mengandungi vitamin B yang penting untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga secara perlahan-lahan.

 

5) Apa fungsi ESP Shaklee dan apa set ESP Shaklee?

Kelebihan ESP Shaklee boleh dilihat dari fungsinya untuk:

  • Membantu dalam proses pemulihan semula tisu badan
  • Kecantikan dan kesihatan kulit, rambut, kuku
  • Mengenyangkan

Kombinasi ESP Shaklee dengan produk shaklee yang lain akan menghasilkan hasil  yang berbeza mengikut keperluan individu.

SET KECANTIKAN PREMIUM: Collagen + ESP : Membantu menganjalkan kulit, mencerahkan dalam jangka masa yang singkat

SET MENYUSU PREMIUM: Menambah tenaga ibu, membekal nutrien mencukupi pada susu dan ibu, membanyakkan dan memekatkan susu, mengelakkan sakit belakang dan tulang ibu, menguatkan imun sistem ibu dan anak

SET SEUBUR SUAMI ISTERI: Meningkatkan kesuburan suami isteri, meningkatkan jangka hayat sperma dan ovum.

SET TURUNKAN BERAT BADAN: Detoks, buang lemak dan membina semula sel kulit dan badan

SET HAMIL: Membekalkan tenaga kepada ibu hamil, mengurangkan sakit tulang dna gusi, membantu perkembangan badan dan otak janin dan mengurangkan loya.

SET TAMBAH BERAT BADAN: Membina otot untuk pertambahan berat badan dan memberikan selera makan

SET KECANTIKAN ASAS: Menyihatkan kulit, melicinkan dan menganjalkan kulit dan menyelesiakan kebanyakn masalah kulit seperti jerawat, kulit berminyak, kering dan jeragat.

SET PENAMBAH TENAGA: Memberikan tenaga berpanjangan dan menghidrtatkan badan, juga sesuai untuk atlit yang mermerlukan penghidratan yang maksimum semasa berolahraga.

 

6) Apa keburukan ESP Shaklee?

ESP boleh memberikan kesan buruk kepada individu berikut:

  • Mereka yang alah pada soya kerana ESP adalah kekacang
  • Mereka yang disahkan mempunyai penyakit buah pinggang dan mempunyai masalah memproses protin dalam badan.
  • Individu yang mempunyai hypotiroid kerana ia akan mengurangkan rembesan tiroid dalam badan
  • Individu atau anak yang mempunyai GP6D

7) Adakah ESP Shaklee menggemukkan ?

Jawapannya YA dan TIDAK.

TIDAK Kerana ia bersifat mengenyangkan jika diambil sebelum makan tengahari atau makan malam, boleh membantu untuk kurus. KENAPA IA MENGENYANGKAN? kerana ia mempunyai G.I yang rendah yang melepaskan karbohidrat secara perlahan-lahan, ini memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan boleh digunakan sebagai MEAL REPLACEMENT.

YA, kerana di dalamnya mempunyaI Vitamin B12 yang menaikkan selera makan. Namun, B12 berfungsi sebagai penaik selera makan hanya bagi mereka yang kekurangan B12 dalam badan iaitu mereka yang benar-benar kurus. B12 ini tidak akan menaikkan selera makan bagi mereka yang sudah mencukupi berat badan , sebaliknya ia bertindak sebagai penukar karbohidrat dan lemak kepada tenaga.

8) Ada tak resepi ESP shaklee nak bagi sedap dan bagaimana cara minum ESP Shaklee?

RESEPI 1: Smoothie Dragon Fruit (buah naga) with ESP

Bahan-bahan: 

1/2 buah naga
1/3 cawan yogurt
3 sudu ESP Shaklee
4-5 kiub ais

Arahan: 

Campurkan semua bahan dan blend.

Hidangkan.

RESEPI 2: Muffin ESP Mocha

Bahan-bahan: 

1 1/2 cawan tepung serbaguna
3/4 gula putih
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/3 minyak sayuran
1/3 cawan ESP
1 biji telur
1/4 cawan butter
1 sudu teh esen mocha

Arahan: 

Panaskan oven sehingga 200 darjah celsius.

Campurkan cawan tepung, gula, garam, butter, esen mocha dan baking powder. Letakkan minyak sayuran di dalam cawan , masukkan telur dan ESP to penuhkan cawan. Campurkan ini dengan acuan tepung tadi.

Bakar sehingga 20 ke 25 minit atau sehingga masak.

RESEPI 3: Smoothie pisang ESP

Bahan-bahan: 

2 biji buah pisang
1 cawan yogurt
3 sudu ESP Shaklee
3 kiub ais

Arahan: 

Campurkan semua bahan dan blend dalam 30 saat sehingga smothie pisang pekat.

Hidangkan.

RESEPI 4: Ice blended strawberry lemonade ESP

Bahan-bahan: 

2 cawan strawberry segar
1/2 cawan ais
1/2 cawan jus lemon
2 sudu gula
3/4 cawan air masak
beberapa helai daun pudina

Arahan: 

Campurkan semua bahan dan blend dalam 30 saat.

Letak daun pudina di atasnya.

Hidangkan.

RESEPI 5: Belgian ESP Waffle coklat

Bahan-bahan: 

1 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh esen coklat

RESEPI 6: Dark Chocolate Espresso ESP Cookies

Hasilkan 3 dozen cookies

Bahan-bahan: 

1 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu instant espresso powder
8 oz. coklat hitam (4 oz. dicarikan dan  4 oz. dihiris halus-halus)

Arahan: 

Panaskan oven sehingga 250 darjah Farenheit.

Adunkan dan kacau tepung, ESP, koko, baking powder, garam dan tepikan.

Campurkan dan pukul butter dan gula sehingga ringan. Tambahkan telur, sebiji pada satu masa, pukul lagi, dan masukkan vanilla,

Campurkan espresso powder dan coklat yang sudah dicairkan bersama-sama acuan butter tadi. kemudian masukkan adunan tepung secara perlahan-lahan.

Masukkan coklat yang sudah dihiris tadi.

Buat doh menggunakan sudu dalam 3 inci.

Bakar sehingga permukaannya kelihatan kering selama 14-15 minit. Kemudian terbalikkan untuk pastikan semua permukaan kering dan rangup.

9) Berapa harga Shaklee ESP atau shaklee ESP price ?

Harga jualan adalah RM170.93 untuk 1 canister dan boleh tahan sehingga sebulan penggunaan.

Haa….mesti ada yang dah terbayang-bayangkan minuman soya yang penuh khasiat dan menyelerakan ni kan…hehehe

Apa lagi, moh la kita memborong ESP untuk kesihatan dan kecantikan kita..bukan untuk orang lain pun, kan..

Do contact Kak Rizz @ 0193054169