" />

Ada yang mencari tips holiday bajet untuk school holiday kali ni ? Kalau dah namanya school holiday, macam dah jadi acara wajib parents kene cuti dari kerja dan bawa anak-anak gi jejalan, kan…hehe..ini memang dah trend parents sekarang.

Korang pun macam Kak Rizz ker?  Tak dapat nak bawak anak-anak jalan-jalan cuti lama-lama, cuti jauh-jauh sampai ke obesi….Yang penting Kak Rizz dan suami memang akan ambik cuti setiap kali cuti sekolah, sekurang-kurangnya sehari…Ini kalau cuti sekolah awal or pertengahan tahun la..kalau hujung tahun tu, in sha Allah, memang panjang sikit la holiday kami..heheh

Tips Holiday Bajet ni, memang sangat mudah dan very practical untuk parents yang memang bz tapi masih teringin nak spent quality holiday dengan anak-anak.

  1. Cari tempat percutian yang dekat-dekat je dengan area kita, tapi kita tak pergi pun tempat tu kalau hari biasa-biasa ni..Contohnya macam Kak Rizz yang duduk kat Klang, Kak Rizz bawak anak gi KL and stay 1 night jer kat sana..
  2. Carik la homestay yang selesa dan murah…eh..ada tau..kitoranng dah banyak kali gi holiday kat homestay macam ni..  Yang penting bagi anak-anak kecik ni, diorang nak mandi kolam jer kan..so, carik la homestay yang ada kolam..kalau anak baru sorang dua, boleh la stay kat hotel, kan..tapi macam kak rizz yang anak ramai ni, memang kami prefer homestay.Ala..nama jer homestay, tapi sekarang ni banyak je SOHO ker..kondo ker…apartment ker..yang dibuat homestay..dah confirm-confirm tempat macam tu ada swimming pool, kan..dah la tempat cantik, bersih, privacy pulak tu…tak de la kita nak berpusu-pusu dengan orang ramai kat kolam tu, macam kita duk kat hotel, kan…heheh
  3. Padatkan aktiviti dengan anak-anak.  Susun jadual kita betul-betul.  Sebab kita memang ada sehari semalam jer nak spent time dengan diorang. Selain dari aktiviti mandi kolam tu, kita boleh la bawak dioranng gi main  kat playground area homestay tu.  Confirm ada punya.  Bersih dan elok je rupa parasnya lagi..heheh  ..kalau ada nak yang dah remaja tu, boleh la suh dioranng spent time kat gym pulak..tak de la bosan duk swimming jer kan..Bawak jugak sekali dam ular la, chess or dam haji, batu Seremban, congkak yang dah berhabuk kat umah tu…lepas mandi, makan2 kat umah or kat kedai, boleh la main in door game ni pulak…
  4. Bawak cd-cd yang bersesuaian untuk kita tonton sekali dengan anak-anak.  Ha…yang ni kita boleh layan time malam…boleh la kita together-gether dengan anak-anak bergelimpangan depan tv tu menonton.  Kalau hari biasa, mana leh dapat lepaks macam ni kan…
  5. Masak sendiri..macam kak rizz, memang ku angkut noxxa ku pergi ke homestay walau di mana jua..heheh…senang…masak Nasik, lauk simple2, belasah ramai-ramai….seronok tau..biasanya yang lauk macam sambal-sambal ker..kuah2 ker..Kak Rizz siap2 masak kat umah dah..kita panaskan je la , tinggal goreng ayam or goreng telur, potong timun dan salad..cukup la…tak ya nak spent banyak sangat untk makan kat luar..wasting time je sebenarnya..dah la kita memang tengah cuti singkat dan bajet ni..hehehehe…
  6. Last but not least, tempat2 mcmni wi fi dia laju wooo….boleh layan cite korea berepisod episode…heheheh…

So far, memang ini la yang kak Rizz applied kalau short vacation dengan anak-anak.  Kak Rizz selalu pergi ke Scott Garden, homestay kawan Kak Rizz yang memang selesa dan sangat sesuai untuk percutian singkat dan bajet kami..kalau nak tengok pilihan yang lain2 yang lebih banyak dan mungkin sesuai dengan cita rasa korang, boleh reer kat sini…Top 20 Scott Garden homestay .. confirm korang puasa hati dan suka giler…

Kak Rizz sharekan sikit muka-muka gembira anak-anak Kak Rizz time kitorang kat sini yer…

 

 

 

So u olls…selamat bercuti la yer….