" />

Kali ini , Kak Rizz ingin kongsikan Tips Penjagaan Ibu dan Anak dengan menghimpunkan soalan2 lazim yang parents selalu utarakan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs)

Kategori ibu:

Soalan: Saya d dignose reumotoid atritis..doktor bekalkan ubat sulphazalazine 2biji 2 Kali sehari. N pednisolone sebiji sehari selama 6mggu…sulphazalazine perlu continue.. Adekah ubat INI Selamat untuk kandungan saya…. Pada masa ni. Kesemua sendi,tulang belakang sy sakit..malah jari kanan saya kaku (tidak boleh genggam rapat).kaki bengkak sejak mengandung 4bulan.tq

Jawapan:  [Sumber: Pakar daripada kerajaan – MyHEALTH] Ubat sulfasalazine adalah selamat untuk diambil dan tiada kesan yang telah direkodkan kepada kandungan.Ubat prednisolone berada dalam kumpulan perlu berjaga-jaga atau perlu dielakkan untuk diambil jika mengandung.Terdapat laporan mengambil ubat prednisolone boleh menyebabkan pertumbuhan kandungan terganggu dan lain-lain kesan tidak diingini kepada kandungan. Namun begitu, ubat ini perlu diambil jika indikasi ubat lebih diutamakan dan boleh membahayakan ibu mengandung jika tidak diambil. Dos yang rendah dan pengambilan dalam jangka masa pendek adalah diisyorkan dalam kes-kes tertentu. Ubat prednisolone ini juga boleh menyebabkan sakit seluruh sendi dan rasa kelemahan.Puan dinasihatkan untuk berbincang dengan pegawai perubatan sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Terima Kasih.

Soalan: Saya dah 37 minggu…tanda-tanda bersalin x dew lagi…cuma keputihan jew banyak…tak gatal…warna putih susu…adakah bahaya untuk baby

Jawapan: [Gyneacologist from India: Dr.Dasari Navya Teja] – Nothing to worry.Increase in the amount Vaginal discharge at term is normal. If the color or smell of discharge is abnormal then consult your doctor other wise nothing to worry.

Translation: Tiada apa perlu dirisaukan. Kenaikan amaun keputihan tersebut adalah normal. Jika warna dan baunya terlalu lain atau busuk, maka itu bolehdikatakan tidak normal dan boleh rujuk pada Doktor anda.

Soalan: Salam.saya nak tanya macam mana nak pujuk baby hisap breast sebelah kanan..baby saya sejak lahir hanya nak sebelah kiri je….dah paksa macam2 pun tak berhasil..now baby adh 4m++…minta tolong sangat breast dah jadi tak seimbang..

Jawapan 1: [Pakar Hospital Kerajaan- MyHEALTH]Puan hendaklah membiasakan dan kerap memberi anak puan menyusu sebelah kanan dahulu sebelum memberi menyusu sebelah kiri. Biasanya bayi akan terus teransang untuk menyusu terutama apabila bayi lapar. Latih bayi menerima payudara ibu pada waktu siang dan malam. Suakan puting ibu ketika bayi dalam keadaan relaks. Tiada ganguan bising dan di dalam bilik yang agak gelap.  Dakap, belai dan usap bayi dengan lembut dan mesra.  Jangan putus asa sekiranya bayi menolak.  Bersabar dan berusaha dan cuba lagi. Latih bayi secara perlahan-lahan, jangan paksa bayi kerana akan membuat bayi stress.

Jawapan 2: [Kaunselor Laktasi- Aishah Mariam] Berikut ada beberapa tips bagi memujuk bayi yang gemarkan menyusu pada sebelah payudara:

1)Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda. Biarkan bayi  meneroka tubuh agar dia dapat mengenal dan mengecam bau anda. Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin.

2)Susukan bayi menerusi payudara yang digemarinya terlebih dahulu. Apabila susu mula dirembes laju di kedua-dua belah payudara,secara perlahan-lahan,tukar posisi bayi ke payudara yang kurang digemarinya. Dengan cara ini, bayi tidak akan menolak payu dara tersebut kerana aliran susu adalah lancar.

3) Anda juga boleh memulakan penyusuan dengan payudara yang bermasalah setiap kali penyusuan. namun lakukannya ketika bayi di dalam keadaan hampir tertidur, selesa atau tidak terlalu lapar.

4) Anda digalakkan untuk memerah payudara yang kurang digemari terlebih dahulu bagi menggalak bayi menyusu dengan selesa daripada payudara tersebut. Malah sepanjang proses menggalak bayi menerima payudara yang tidak disukainya, jangan lupa untuk memerah susu daripada payudara sebelah lagi agar rangsangan sentiasa ada dan mencukupi.
5) Lokasi penyusuan memainkan peranan penting. Suasana di sekeliling lokasi yang tenang dan selesa banyak mempengaruhi kejayaan anda melalui proses memujuk bayi.
**Proses ini tidak berhasil dengan sekelip mata. Ia memerlukan beberapa hari atau minggu. Jangan sesekali berputus asa. Yakinlah diri bahawa anda boleh! hati perlu cekal dan minda mesti kuat..
Salah satu cara adalah dengan mengubah posisi penyusuan.. dari cradle hold kepada football position.  Boleh baca sini untuk penjelasan lanjut.

Soalan:  
Saya berumur 31 tahun. Ibu kepada anak perempuan umur 15 bulan. Sebelum melahirkan saya memang ada masalah senggugut yg agak teruk setiap kali datang bulan. Selepas melahirkan senggugut saya dah macam kurang sikit. Kalau ada pun cuma sakit2 pinggang biasa sahaja. Kalau sebelum ini senggugut saya boleh sampai saya muntah2 dan terpaksa ambik mc. Cuma sejak 2 kali saya datang bulan ni saya selalu akan rasa sakit kepala sangat2. Beserta rasa seram sejuk macam nak demam. Hinggakan saya ke klinik sebab ingatkan saya sakit lain. Tapi tengok2 saya datang bulan. Bulan lepas sama seperti bulan ni. Tahap saya sakit kepala ni hinggakan saya xboleh tdo dan terpaksa ambil ubat tahan sakit. Adakah ini menandakan saya mempunyai masalah kesihatan yg lain. Saya sekarang plan untuk dapatkan anak yg kedua.
Jawapan: [ Headache during periods is normal and is related to hormonal fluctuations in the menstrual cycle. Nothing to worry about this and it no way interfer with your second pregnancy. If pain is severe take over the counter pain killers. Practice relaxation exercises regularly.
Translation: Sakit kepala semasa mengandung adalah perkara biasa dan ia berkenaan dengan pergerakan hormon semasa kitaran haid. Tiada apa perlu dirisaukan mengenai ini dan ia tak akan mengganggu anda untuk mendapatkan cahaya mata yang kedua. Jika kesakitan terlalu tinggi sila ambil ‘pain killer’. Sentiasa amalkan relaks dan bersenam secara berkala.

Kategori bayi:

Soalan:   Bayi saya berusia 7m 20d..oleh kerana dia semakin lasak maka dia sering terjatuh..apa tanda2 yang perlu saya ketahui untuk mengenal pasti samada kesan hentakan di kepalanya itu serius atau tidak?

Jawapan : 

1) [Medical Informatics specialist from India: Dr.AM Mohan RaoSome of indicators of serious head injury is bleeding, dizziness, drowsiness, disorientation, seizures, excessive sleep, nausea, vomiting, imbalance, difficulty speaking, headache, paralysis or coma. Usually child weight is too small to cause serious injury in normal circumstances.

Translation: Beberapa tanda kecedraan yang serius adalah pendarahan, pening, sakit kepala, tidak keruan, sawan, tidur yang berpanjangan, loya, muntah, paralysis atau koma. Biasanya berat kanak-kanak adalah terlalu kecil untuk menyebabkannya mengalami kecederaan yang serius di dalam keadaan biasa

Jawapan 2 : [pakar perubatan kerajaan-MYHEALTH]: Puan,Adalah lumrah kanak-kanak aktif, terjatuh dan bermain semula meskipun bengkak di sana sini termasuk kepala dan dahi, kerana ini adalah naluri biasa kanak-kanak.  Mereka perlu aktif sebagai salah satu proses perkembangan minda mereka dan ini juga petanda mereka sihat.

Puan sila pastikan keadaan rumah yang selamat jauhkan kerusi, meja yang menjadi tempat anak memanjat. Buat penghadang pada tangga sekiranya ada tangga di rumah. Pastikan lantai tidak licin dan  bucu-bucu tajam diberi perhatian. Ini untuk mengelakan anak puan tercedera atau mengalami patah sekiranya jatuh. Pastikan anak sentiasa di bawah pengawasan puan.

Sekiranya anak puan jatuh dan  melibatkan kepala, sila perhatikan tiada kesan lain seperti muntah, sawan, tidak mahu makan dan tidak menghisap susu dan pastikan anak puan aktif seperti biasa. Sekiranya sebaliknya berlaku dan merasa musykil dengan kesihatan anak puan, sila bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut

3) (Dr.Babu Lal MeenaIt’s our unfortunate that u r waiting for serious injuries. Kindly protect your child from falling, because it may lead to bleed in the head and that will be serious in form altered sensorium, seizures. And may cause residual sequelae. Advice. Please protect from injuries.

Translation: Anda tidak seharusnya menunggu sehingga kecederaan serius berlaku. Ini kerana kecederaan serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam kepala dan ini akanmenjadi serius dan boleh memberi kesan seperti sensorium dan sawan, dan kecacatan sedikit. Nasihat: sila lindungi anak anda daripada kecederaan ini.

Soalan: Bolehkah susu ibu dibuat mandian? Apakah hukumnya

Jawapan: dari segi hukum agama, mungkin masih belum ada kesepakatan ulama …
tetapi dari segi khasiat dan kelebihan susu ibu, ianya adalah khusus untuk makanan dan minuman bayi. mungkin titisan lain boleh dijadikan penawar tertentu

Kategori kanak-kanak:

Soalan:  Anak sy berusia 8 thn..sy dapati ank sy agak lemah dlm pelajarannya trutama mngeja dan mmbaca..tetapi mgira dia cepat faham dan dia kreatif mmbina objek dr lego ..soalan sy ialah perlukah sy merujuk pakar kanak2 utk mgtahui masalah ank sy yg mungkin mghadapi masalah lembam..

Jawapan 1: [Doctor from India: Dr.Dasari Navya Teja]Does your child find it difficult to interact and communicate with others?? Does your child especially struggle with reading?? Is it affecting his confidence or motivation?? If yes, and if you suspect that he is having difficulty with especially spelling and reading take him to a doctor just to rule out any dyslexia. 

Translation: Adakah anak anda berasa sukar untuk berkomunikasi dengan yang lain? Adakah anak anda kelihatan bersusah payah untuk membaca? adakah ini memberi kesan kepada tahap keyakinan diri dan motivasinya? Jika ya, dan jika anda dapati anak anda mengalami kesukaran dalam membaca dan mengeja, silalah bawa anak anda berjumpa doktor untuk pastikan dia tidak mengalami dyslexia.

Jawapan 2:

 [Medical Informatics specialist from India: Dr.AM Mohan Rao] : Child psychology is a complex subject and need expert help. Parental evaluation is crucial and their interest in development of child is important. Parental evaluation helps in monitoring developmental milestones of a child. Here are some useful material available online that might help you:

http://dyslexiahelp.umich.edu/parents/learn-about-dyslexia/is-my-child-dyslexic/developmental-milestones/later-language-development#7

Translation: Psikologi kanak-kanak merupakan perkara yang kompleks dan memerlukan bantuan tambahan. Penilaian ibu bapa adalah penting dan minat untuk mengentahui perkembangan anak-anak itu penting. Penilaian ibu bapa membantu di dalam memerhatikan perkembangan kanak-kanak. Disini anda boleh dapatkan material berguna mengenai dyslexia:http://dyslexiahelp.umich.edu/parents/learn-about-dyslexia/is-my-child-dyslexic/developmental-milestones/later-language-development#7

Soalan: Imunisasi tu penting ke?

Jawapan:  Pendapat saya sebagai pengamal perubatan, berdasarkan maklumat yang kita ada , pemberian vaksin lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Tetapi saya menghormati pendapat ibubapa yang tidak mahu memvaksinasi anak mereka ( jadi saya harap para pembaca yang pro-choice janganlah pula meletakkan komen dengan emosi di ruangan komen di bawah). Sebagai ibubapa, saya hormati pilihan ibubapa yang lain. Sebagai pengamal perubatan pula, saya fikir, kerajaan dan rakan pengamal perubatan perlu bersiap sedia untuk menangani semula kebangkitan penyakit berjangkit yang telah lama tidak ada kerana keberkesanan program imunisasi. Kedatangan warganegara asing dengan virus berjangkit semakin bertambah serta bilangan kanak- kanak yang tidak diimunisasi juga meningkat. Jadi sewajarnya kita bersiap sedia secukupnya.

Rujukan : Zu, Pengamal Perubatan, http://www.cdc.gov/vaccinesafety/concerns/autism/index.html

Soalan:

Jawapan:

Disclaimer :

  • The answer(s) suggested in Tanya Pakar above are not intended to be a substitute for professional medical advice, diagnosis, or treatment. Always seek the advice of your physician or other qualified health provider with any questions you may have regarding a medical condition.
  • The questions asked in Tanya Pakar will be visible to visitors of this portal. Hence, the user should not divulge and assumes the responsibility of not to divulge any personal identifiable information on the portal.
  • If patient is less than 15 years of age, parental guidance is advised and we discourage (and disapprove) approaching us directly. It is advised that the query be framed in consultation with their parents. Any query from age group less than 15 years is assumed to be done in accordance with this protocol.